Friday 28 June 2013

My first week of study..

28/06/2013-Friday-1515-
hari last selepas seminggu belajaq..haha..walopon x sampai seminggu sbb jerebu yg melanda..XD
Trip sem kali ni mmg sakit wooo..sbb aku jd class rep..kedit nk kne topup selalu..wakaka..dala ubat asma tertinggal kat umah..500 km jauh dari tempat aku duk stdy skrg..T_T..masalah jerebu plk yg mengganggu sistem pernafasan aku ni..wuuuuu T_T..tp cmne2 pon..aku tetap ske belajar sini..nk jd top student la katakan walopon hakikatnye 30% markah semua subjek aku down..haha..sem ni aku da jadi full time gamer..sebabnye aku da diambik jadi gm oleh seseorang yang aku sayang..haha..nak taw gm tu ape?bg kaki online gamer korang sume da taw kan..bg yg xtaw..gm adalah GAMEMASTER...org yg bertanggungjawab menguruskan dan menjalankan game tersebut..walobagaimanapon, game tu masih dlm construction lgi..inshaAllah dlm bulan depan launch la game tu..huhuhu..korang semua dijemput memeriahkan lagi server aku tu..aku harap sngt2 ni >_<...bnyk yg aku nk tulis ni..mklumla..da 4 bulan x update kot..aku da dpt sorg big sis yg syg aku..huhu..dia cukup baik ngn aku..dia sanggup habiskan game aku n x tdo mlm temankan aku kalo aku susah aty..aku ckup bertuah kenal dia.. :')...ok la..kalo de pape yg aku nak nukilkan lg kat sini..aku sambung hari len plk..see ya all!!! opss..lpe nk gtaw nme aku..I Am Nova..org pggil aku nova je kat game..^_^

Monday 4 March 2013

Bagi yang tak paham2 lagi tentang sejarah tu, sila balik belajar sejarah form 2..buat malu jerrr..wakakaka

Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 

Saturday 2 March 2013

Jawapan kepada persoalan penglibatan pihak poli di Lahad Datu..kepada yang tak faham tentang situasi sekarang sila take note ye..



Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
  • Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

Monday 25 February 2013

Hatiku berbunga-bunga~~

Aku rase aku telah angau la sekarang. Dari tadi aku asyik tersenyum je sambil bawak moto. Mungkin orang lain yang same-same tunggu traffic light ngan aku tadi ingat aku ni meroyan kot. Hahaha. Tapi serius hati aku ni dari tadi asyik berbunga-bunga je. Heee..ni je la yang aku nak bagitaw. Semoga aku dapat la memikat hati si bunga ni..k..chaw!

Thursday 21 February 2013

Popular oohh popular~~

Siapa yang dah dapat baucar buku 1 Malaysia?..Dah gune ke belom?..Aku dah dapat baucar ni. Hahaha. Hari aku nak berkongsi pandangan aku pada korang semua la. Bukan nak menunjuk-nunjuk pon. Hehe. Bagi korang baucar ni ada function tak? Ape yang boleh ditebus dengan baucar tu ek? Yang duduk di negeri sendiri atau tempat sendiri tu konfem la ade bookstore yang boleh tebus macam-macam ek. Macam aku ni dah la duduk kat negeri orang, bookstore yang ade pon macam hampeh. Korang taw bookstore ni? Yang aku maksudkan ni adalah Popular Bookstore. Aku bukan ape, dah la dapat baucar buku middle sem pastu nak beli buku pulak memang tak berbaloi la sebab buku yang melputi bidang aku takde kat pasaran. Jadi aku buat keputusan nak beli la sikit stationary dan textpad nak buat belajar. Tapi bila nak bayar je kat kaunter sane terkezuutt beruk aku. Staff kaunter sane cakap hanya buku je boleh dibeli kat sana. Barang lain boleh beli tapi hanya 20% saja dari nilai baucar yang digunakan. Jadi kat sane aku pertikaikan jugak la apesal jadi macam ni. Tahun lepas ok je aku cakap. Pastu boleh pulak dia suruh aku simpan balik barang aku ambil kat tempat asal dia balik. Memang tak la aku nak simpan balik. Aku terus blah dari kedai tu dengan perasaan sedikit bengang + marah.

Persoalannye adakah syarat 80% penebusan buku tu berbaloi bagi kita? Bagi aku tu adalah satu benda yang merugikan bagi aku sebab kedai tu bukannya banyak sangat pon list buku yang berilmiah. Buku yang dalam field aku pon takde kat sane (aku rase kebanyakan pelajar U lain pon macam ni jugak). Staf kat sane pon selalu cakap kalau nak beli barang lain MESTI ambik buku jugak. Tak kira buku ABC ke, colouring book ke, komik ke, buku memang WAJIB meliputi 80% jugak. Haaddooii..mende tu bukan berguna pon untuk kita. Cam haraamm jee.. Kalau kita beli textpad ke, stationary ke boleh la jugak. Ni nak buku je. Aku rase kerajaan tak bagi kita untuk beli buku je semata-mata kan? Mesti diorang untuk membantu kite belajar. Yang pasal textpad ( bagi yang tak tahu ape tu, in malay we call 'kertas kajang'..not made in kajang ok..=_=) tu kitorang gune lebih dari yang korang dapat imaginasikan. Banyak kot. Haaiihh..mengeluh la jugak aku hari tuuu...

Mioww~~~


Untuk post kali ini aku ingin kongsikan 20 fakta menarik tentang kucing pula. Kucing in termasuk la segala kaum kerabat kucing seperti puma, harimau dan lain-lain lagi. Memandangkan aku ni adalah pencinta kucing yang tegar..(tegar la sangat)..hahaha. Selamat membaca dan selamat malam.(^^,)
kucing ni ade iras2 kucing aku kat umah ..waaa..rindu kampung


1.Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
2.Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
3.Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
4.Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
5.Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
6.1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
7.Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
8.Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.
9.Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
10.25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak? Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
11.Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
12.Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut
13.Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
14.Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari disebabkan kuat makan kot..huhuhu.

Wednesday 20 February 2013

Hell0 semua !!

Haa..hari ni aku takde kelas. Jadi aku nak tulis la pulak tentang luahan hati aku ni. Yang pasal kisah hidup aku tu lain kali je la aku sambung. Tak larat nak tulis..huhuhu. Aku ni kenal sorang perempuan@wanita@awek@cewek@ape-ape je la yang korang nak panggil. Dia ni nak kata georgeus pon tak la jugak. Nak kate hodoh memang tak la. Tapi die ni memang baik hati. Aku kenal die time aku training dekat salah sebuah hospital dekat negeri aku. Nak tahu nape aku training kat hospital korang bace la kisah hidupku. Aku tak larat nak explain dah. Hahaha..aku ni memang pemalas sikit bab tulis-taip ni. Okay, kite sambung balik pasal tadi. Pada hari pertama aku masuk training memang nervous giler la. Aku ingat aku seorang je yang training kat situ ( of course la ade member satu IPT ngan aku masuk sekali tapi tu tak kira ye) jadi aku memang dah jadi macam ape orang cakap, emm macam kera kene belacan kot. Tak boleh nak bayang r camne nervous tu. Dah macam orang parkinson dah aku ni. Nasib baik takde sakit jiwa..eh silap, sakit jantung.

Dipendekkan cerita selama beberapa minit, aku terus dihantar ke bilik sebelah untuk meletakkan barang-barang aku. Haaaa..kat sinilah aku bertemu dengan .....err, malu la nak cakap...err..awek yang aku minat tu la. Nama dirahsiakan untuk keselamatan aku (jangan gelak ye..muka aku dah merah ni). Dia tengah main angry bird kat komputer ofis mase tu. Mulanya dia x perasan kot tapi lepas tu dia pusing belakang untuk tengok siapa yang masuk ofis tu..( ye la, tengah main angry bird dalam ofis, pakai komputer ofis pulak tu..memang kene aware la kot-kot bos masuk kan). Dia pon tak sangka ade student lain yang praktikal skali ngan dia. Aku masa tu memang da tertarik dengan dia dah. Hari tu memandangkan hari first memang kurang kerja yang aku buat. So selama satu hari tu kerja aku adalah meng'ushar' je la awek tu.

Nak dijadikan cerita, selepas beberapa hari aku terus jadi rapat dengan dia ni la. Sepanjang perkenalanku dengan dia ni ( aku training selama 3 bulan dengan dia ni) aku tak pernah pon suarakan isi hatiku kepada dia.  Aku bukan ape,cuma takut dikecewakan dan taknak frust menonggeng je. Jadi aku pendam je hasrat hatiku ni. Perkenalanku ini terus stabil seperti kawan biasa je walaupun aku amat mengharapkan lebih dari tu. Namun pada suatu hari aku telah mendapat satu fakta yang amat mendukacitakanku. Si dia ni sebenarnye telah ade boyfriend@balak@pria@ ape-ape je la korang nak panggil. Aku sungguh terkilan mase tu. Tak tahu nak cakap ape. Jadi aku buat selamba seperti biase je la (kalau buat gundah gulana alamatnye memang kantoi la aku suka kat dia).Haaa..sebut aku suka dia ni lupe pulak nak bagitaw. Rupa orang yang aku minat ni ade iras-iras Ainan Tasnim sikit. Alaa..artis youtube tu. Korang kenal kan?

Selepas beberapa bulan tu, dia ni dah nak habis training dah. Aku pulak masih berkelakuan seperti biasa walaupun ade la sikit-sikit perlakuanku yang seperti orang murung atau cikgu kat sekolah aku cakap 'bini mati' hahahaha. Kelakuanku tu dapat dihidu (ceewwaahh..hahaha) oleh sorang staf situ yang aku anggap macam abang aku dah. Dan aku terus kantoi ngan abang angkat aku nih. Hahaha..malu sioottt. Tapi nasib baik abang angkat aku ni tak bagitaw si awek yang aku minat ni. Fuuhh...lega hati. Dah nak habis pon aku masih lagi pendam perasaan aku. Hahaha. Bongok kan aku ni. Camtu le kisah cinta sebelah kaki aku ni..wuwuwuwu..T_T..sebelum tu aku nak letak satu lagu la kat sini..harap korang enjoy..^^