Wednesday 20 February 2013

Hell0 semua !!

Haa..hari ni aku takde kelas. Jadi aku nak tulis la pulak tentang luahan hati aku ni. Yang pasal kisah hidup aku tu lain kali je la aku sambung. Tak larat nak tulis..huhuhu. Aku ni kenal sorang perempuan@wanita@awek@cewek@ape-ape je la yang korang nak panggil. Dia ni nak kata georgeus pon tak la jugak. Nak kate hodoh memang tak la. Tapi die ni memang baik hati. Aku kenal die time aku training dekat salah sebuah hospital dekat negeri aku. Nak tahu nape aku training kat hospital korang bace la kisah hidupku. Aku tak larat nak explain dah. Hahaha..aku ni memang pemalas sikit bab tulis-taip ni. Okay, kite sambung balik pasal tadi. Pada hari pertama aku masuk training memang nervous giler la. Aku ingat aku seorang je yang training kat situ ( of course la ade member satu IPT ngan aku masuk sekali tapi tu tak kira ye) jadi aku memang dah jadi macam ape orang cakap, emm macam kera kene belacan kot. Tak boleh nak bayang r camne nervous tu. Dah macam orang parkinson dah aku ni. Nasib baik takde sakit jiwa..eh silap, sakit jantung.

Dipendekkan cerita selama beberapa minit, aku terus dihantar ke bilik sebelah untuk meletakkan barang-barang aku. Haaaa..kat sinilah aku bertemu dengan .....err, malu la nak cakap...err..awek yang aku minat tu la. Nama dirahsiakan untuk keselamatan aku (jangan gelak ye..muka aku dah merah ni). Dia tengah main angry bird kat komputer ofis mase tu. Mulanya dia x perasan kot tapi lepas tu dia pusing belakang untuk tengok siapa yang masuk ofis tu..( ye la, tengah main angry bird dalam ofis, pakai komputer ofis pulak tu..memang kene aware la kot-kot bos masuk kan). Dia pon tak sangka ade student lain yang praktikal skali ngan dia. Aku masa tu memang da tertarik dengan dia dah. Hari tu memandangkan hari first memang kurang kerja yang aku buat. So selama satu hari tu kerja aku adalah meng'ushar' je la awek tu.

Nak dijadikan cerita, selepas beberapa hari aku terus jadi rapat dengan dia ni la. Sepanjang perkenalanku dengan dia ni ( aku training selama 3 bulan dengan dia ni) aku tak pernah pon suarakan isi hatiku kepada dia.  Aku bukan ape,cuma takut dikecewakan dan taknak frust menonggeng je. Jadi aku pendam je hasrat hatiku ni. Perkenalanku ini terus stabil seperti kawan biasa je walaupun aku amat mengharapkan lebih dari tu. Namun pada suatu hari aku telah mendapat satu fakta yang amat mendukacitakanku. Si dia ni sebenarnye telah ade boyfriend@balak@pria@ ape-ape je la korang nak panggil. Aku sungguh terkilan mase tu. Tak tahu nak cakap ape. Jadi aku buat selamba seperti biase je la (kalau buat gundah gulana alamatnye memang kantoi la aku suka kat dia).Haaa..sebut aku suka dia ni lupe pulak nak bagitaw. Rupa orang yang aku minat ni ade iras-iras Ainan Tasnim sikit. Alaa..artis youtube tu. Korang kenal kan?

Selepas beberapa bulan tu, dia ni dah nak habis training dah. Aku pulak masih berkelakuan seperti biasa walaupun ade la sikit-sikit perlakuanku yang seperti orang murung atau cikgu kat sekolah aku cakap 'bini mati' hahahaha. Kelakuanku tu dapat dihidu (ceewwaahh..hahaha) oleh sorang staf situ yang aku anggap macam abang aku dah. Dan aku terus kantoi ngan abang angkat aku nih. Hahaha..malu sioottt. Tapi nasib baik abang angkat aku ni tak bagitaw si awek yang aku minat ni. Fuuhh...lega hati. Dah nak habis pon aku masih lagi pendam perasaan aku. Hahaha. Bongok kan aku ni. Camtu le kisah cinta sebelah kaki aku ni..wuwuwuwu..T_T..sebelum tu aku nak letak satu lagu la kat sini..harap korang enjoy..^^

No comments:

Post a Comment