Aku adalah aku n tidak ade yang same dgn aku.Hidup adalah anugerah yang tidak akan kita sia siakan dengan membuat sesuatu yang sia sia.
Wednesday, 20 February 2013
Selamat Malam..o0
Selamat malam kawan, selamat malam bintang, selamat malam bulan, selamat malam semua....moga tidurku menjadi nyenyak dan mimpi indah. Sebelum tu aku nak merenung sedikit kisah hidupku. Aku adalah sorang student yang biasa je.Takde yang spesel pon tentang aku. Aku akan habiskan pengajianku InsyaAllah pada akhir tahun ni. Emm, aku sebenarnya nak masuk kos laen sebelum aku amek kos yang tempat pengajianku ni tapi entah camne aku ditakdirkan mendapat keputusan yang tidak berapa memberangsangkan semasa SPM dulu dek kerana bermain hujan time exam (aku demam selama 3 minggu dan tak dapat keluar dari kawasan sekolah disebabkan banjir). Menyesal pon ada gak. Aku mengharapkan dapat menyambung pengajian aku dalam bidang perubatan tapi oleh kerana unflying colour result tu aku terpaksa batalkan hasrat aku. Sedih betol bile tengok member member lain dah pergi belajar kat luar negara. Aku yang kat dalam negara pon x lepas lagi. Masa tu aku da boleh dikategorikan sebagai frust menonggeng dah tapi aku amat beruntung kerana aku mempunyai seorang ibu dan ayah yang memahami diriku. Mereka sentiasa memberi galakan kepada diriku agar kuatkan semangat untuk terus mara kehadapan. Selang tidak lama kemudian, aku diterima untuk menyambung pengajianku ke sebuah kolej matrikulasi di Kedah. Aku terpaksa menolak tawaran itu kerana bagi aku itu adalah untuk mengambil jalan singkat untuk mendapat degree sedangkan banyak pekerjaan memerlukan keputusan diploma (ni menurut pandangan aku je..kalau korang x puas hati sila abaikan). Selepas itu aku masuk form 6 (satu pengalaman memalukan bagi aku yang berasal dari sebuah sekolah elit dinegeriku), disana aku dipandang rendah oleh seorang guru (name ape ntah..aku x ingat) mengatakan aku hanya menghabiskan beras kat sekolah je. Ade ke patut die cakap macam tu..kurang kalsium betol cikgu ni. Kat sane aku amek kos sains tulen dan satu-satunya budak lelaki melayu terakhir yang amek kos tu (bukan setakat melayu je..cina, india dan lain-lain pon dikira gak la). Aku sorang je lelaki dalam kelas tu. Member member lain sume pompuan. Malu gile aku time masuk kelas. Disebabkan tu aku sering ponteng kelas. Aku hanya masuk kelas yang aku suka je seperti biologi (feveret aku), fizik dan math. Kelas kimia haram x pergi. Bayangkan pada hari first aku kat kelas kimia tu dah kne buat 3 eksperimen pelik. Sampai pukul 8 malam aku kne stay kat sekolah. Memang tak la aku nak masuk kelas tu lagi. Tapi budak budak kelas lain memang sporting ngan aku. Baru hari first (aku masuk lewat 2 minggu) dah boleh kamcing dah :D. Aku tak lame kat sane. Akhirnye selepas hampir 2 minggu aku masuk kelas aku mula buat keputusan nak berhenti form 6. Masa tu kalau tak salah aku bulan Ramadhan. Dari hari first puasa aku dah tak pergi sekolah.Haaa..aku dah ngantuk ni..aku sambung lain kali ye..assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment